SMAH dan SRAH Ipoh sahut seruan IKRAM Musleh tubuhkan pasukan pancaragam

0
331

Pengerusi Unit Kokurikulum Ikram-Musleh dan Kadet Remaja Sekolah Musleh (KRSM), Mejar KRSM Tuan Abdul Rahaim bin Mat Isa mengucapkan tahniah kepada SRAH dan SMAH kerana menyahut seruan Ikram-Musleh untuk menjadi perintis kepada penubuhan pasukan pancaragam yang telah lama dihasratkan oleh Ikram Musleh.

“Dalam setiap pertemuan saya bersama dengan pengetua dan guru besar, sentiasa saya war-warkan perkara ini supaya sekolah rangkaian mewujud satu pasukan pancaragam atau dipanggil juga brass band. Pasukan ini nanti sama seperti KRS Musleh, akan ditempatkan di bawah kementerian Pendidikan Malaysia. Ini akan mmberikan satu lagi kekuatan dan kelebihan kepada PPAH untuk pergi lagi jauh dalam melonjakkan elemen ke-musleh-an dalam sekolah-sekolah kita. Maka PPAH sudah tentu akan menjadi perintis kepada penubuhan pasukan pancaragam di sekolah-sekolah yang lain” katanya.

Pasukan pancaragam yang ditubuhkan ini nanti dijangka akan membuat persembahan sempena program Perkhemahan Internasional(PRINT) 2020 yang akan disertai oleh 7 ribu peserta seluruh dunia. Program PRINT 2020 berkenaan dijangka berlangsung pada Disember 2020.

Abdul Rahaim berkata sedemikian semasa merasmikan Majlis Pembukaan Kadet Remaja Sekolah Musleh bagi tahun 2020 peringkat Sekolah Menengah Al-Hidayah Ipoh, baru-baru ini.

Turut hadir ialah, Haji Hashim bin Abdul Karim, Pengerusi Lembaga Pengurusan PPAH; Mejar KRSM Tuan Soleh bin Senafi, Timbalan Pengerusi Unit Kokuriulum Ikram Musleh dan KRS Musleh merangkap Pengarah PPAH; barisan Penolong Kanan dan ahli sekretariat KRS Musleh. Majlis berakhir dengan sesi bergambar kenang-kenangan semua pelajar, guru dan jemputan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here