202 orang murid SRAH Ipoh terima watikah. Diharap laksana tugas penuh rahmah, jadi qudwah.

0
166

[Galeri gambar di bawah artikel]

Seramai 202 orang murid mewakili pelbagai badan tertinggi Sekolah Rendah Al-Hidayah (SRAH) Ipoh menerima watikah pelantikan bagi jawatan masing-masing bagi sesi 2020. Upacara penyampaian watikah pelantikan jawatan berkenaan telah disempurnakan oleh Hajah Kerisisiah bt Mohd Daud selaku Guru Besar SRAH Ipoh dalam satu majlis yang dianjurkan sempena perhimpunan mingguan yang dilakukan pada setiap Isnin, baru-baru ini. Kesemua murid berkenaan terdiri daripada barisan kepimpinan mewakili Badan Pengawas Sekolah, 64 orang; Pengawas Pusat Sumber Sekolah, 64 orang; Imam Muda dan Amirah Solehah, 53 orang dan Inspektor Kesihatan, 18 orang.

Hajah Kerisiah ketika berucap dalam majlis berkenaan menyatakan ucapan tahniah beserta harapan pihak sekolah yang perlu digalas oleh semua barisan kepimpinan yang telah menerima watikah.

“ Mualimah ucapkan jutaan tahniah kepada antum semua atas lantikan sebagai barisan kepimpinan sekolah pada hari ini. Mualimah dan pihak sekolah sangat berharap agar antum semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan penuh rahmah,”

“Untuk memastikan antum dapat melaksanakan tugas dengan baik, antum haruslah memahami fungsi dan peranan badan masing-masing. Apa peranan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber perlu buat apa, apa pula tugas Imam Muda dan Amirah Solehah. Semuanya harus difahami dengan baik” katanya.

“Semua yang terima watikah hari ini, mualimah harap dapat menjadi qudwah kepada semua pelajar. Kita laksanakan peraturan dengan memulakan dengan diri kita terlebih dahulu.” katanya lagi.

Dalam majlis berkenaan, turut di umumkan ialah penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang pertama kali ditubuhkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SRAH. Seramai 16 orang murid terdiri dari murid Tahun 5 dan 6 telah pun dilantik dan akan berperanan sepanjang tempoh percubaan yang ditetapan oleh pihak sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here