Muhammad Ar-Rayyan b. Al Amin di lantik sebagai Ketua Pengawas Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar (SRAHSI) bagi tahun 2020. Watikah lantikan disampaikan oleh Guru Besar SRAHSI, Puan Noor Fazila binti Othman bersama 26 Ahli Badan Pengawas SRAHSI yang lain dalam satu majlis yang berlangsung baru-baru ini.
Turut menerima watikah pada majlis berkenaan ialah 10 orang Ahli Badan Pengawas Pusat Sumber (PSS) SRAHSI. PSS SRAHSI tahun 2020 akan diketui oleh Muhammad Iman Haikal bin Khairul Irwan yang akan bertugas sebagai Ketua PSS.
Puan Noor Fazila dalam ucapannya mengharapkan tugasan yang diberi ini menjadi asbab pelajar-pelajar yang menerima watikah ini di kurniaan rahmat oleh Allah.
“Mualimah ucapkan tahniah kepada semua yang telah terpilih untuk menggalas beban dan amanh yang besar ini. Mualimah dan pihak sekolah mengharapkan antum semua dapat menjalankan tugas dengan baik. Kami semua mualim dan mualimah mendoakan agar antum semua dikurniakan rahmat dan keberkatan dari Illahi. Amin” katanya.
Dalam perkembangan yang lain, SRAHSI turut menganjurkan Majlis Akujanji UPSR 2020 melibatkan kesemua calon UPSR SRAHSI bagi tahun 2020. Majlis berkenaan menuntut calon-calon UPSR meletakkan azam dan target masing-masing untuk dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan berlangsung sebelum UPSR tiba.