SRAH Ipoh lancar Program Maal Quran 2020

0
423

Guru Besar Sekolah Rendah Al-Hidayah (SRAH) Ipoh, Hajah Kerisisiah bt Mohd Daud melancarkan Program Maal Quran peringkat sekolah dalam Majlis Perhimpunan Rasmi Minggun sekolah itu pagi ini. Program yang dikelolakakan oleh Panatia Al-Quran, SRAH Ipoh ini bertujuan menggalakkan murid-murid melazimi bacaan al-quran bukan sahaja ketika berada disekolah malah ianya diharapkan menjadi rutin semua murid semasa berada dirumah.

Sempena program ini, setiap murid diminta membaca lima muka surat sehari di rumah bersama keluarga dan dibawah pantauan ibu bapa sehinggalah tamat khatam seluruh al-quran. Selain itu, beberapa lagi ketetapan lain yang telah disusun oleh pihak sekolah untuk memastikan program ini berjaya dan mencapai objektifnya.

Hajah Kerisisiah dalam ucapannya menggalakkan murid- murid dan semua warga SRAH agar sentiasa berusaha untuk beramal dan bekerja demi mencari keredhaan Allah.

“Dalam al-quran, Allah telah menyatakan, dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” katanya memetik sepotong makna ayat al-quran.

“Kita harus meyakini bahawa setiap apa yang kita lakukan akan sentiasa diperhatikan oleh Allah. Pergerakan kita, perbuatan kita. Semuanya diperhatikan. Firman Allah dalam al-quran, dan bertawakkallah kepada (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, Yang melihat mu ketika kamu berdiri (untuk solat), dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” katanya lagi.

Guru Kanan Panatia Al-Quran SRAH Ipoh, Mualim Razman berkata program ini telah pun di mulakan sejak tahun 2011 lagi.

“Program Maal Quran ini telah bermula sejak tahun 2011. Ianya bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang mampu membaca 5 muka surat setiap hari sehingga khatam Al-Quran. Konsepnya pelajar membaca sendirian di sekolah atau pun boleh juga membaca di rumah. Aktiviti ini akan di catat di dalam Buku Rekod Maal Quran dan ditandatangani oleh pihak ibubapa, sebagai bukti murid ini telah melaksanakan program tersebut” katanya.

“Motto program ini ialah Rasulullah saw bersama Al-Quran, kedua-duanya tidak akan berpisah. Oleh sebab itulah, wawasan Program Maal Quran ini ialah hidup bersama Al-Quran seperti Rasulullah saw. Rasulullah saw sentiasa mengikuti Al-Quran dan tidak pernah bercanggah dari Al-Quran dalam seluruh aspek kehidupannya.” katanya lagi ketika ditanya tentang harapan beliau terhadap program ini.

 

Selain Program Maal Quran, SRAH turut menetapkan tema pada setiap bulan dan tema bagi bulan Januari ialah Akidah Yang Sejahtera. Tema ini merupakan ciri pertama daripada 10 Ciri Peribadi Muslim yang kerap diulang-ulang kepada murid dan menjadi rujukan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here