Tinta Pengetua Siri 1: Selepas Berusaha, Serahkan Kepada AL-WAKIL

0
227

Oleh:
Siti Nazihah Yahya
Pengetua
SM Al-Hidayah Ipoh

 

 

Pernahkah kita menyerahkan urusan kita kepada seseorang yang dipercayai? Pasti pernah kan. Kita menyerahkan urusan rawatan penyakit kita kepada doktor. Kita menyerahkan urusan pembelian rumah kita kepada peguam.

Jika begitu, sudahkah kita menyerahkan semua urusan kita kepada AL-WAKIL?

AL-WAKIL adalah satu dari 99 nama Allah yang bermaksud Yang Maha Mewakili/Memelihara/Mengatur urusan hamba-Nya.

Allah tidak akan membiarkan diri kita sia-sia, kerana Dia Pelindung dan Pemelihara kita dari segala keburukan. Oleh itu, Allah adalah sebaik-baik wakil untuk kita menyerahkan semua urusan kita.

Maka, apabila kita telah selesai berusaha sedaya upaya, ucapkanlah “aku menyerahkan urusanku ini (bertawakkal) kepada-Mu Ya Allah!” Pasti kita akan merasa tenteram dan dapat tidur nyenyak 😁.

Tapi ingat ya, syaratnya kita telah berusaha sedaya upaya, barulah bertawakkal kepada AL-WAKIL.

Mari teladani kisah Rasullah dan sahabat ketika Perang Uhud dalam Surah Al-‘Imran ayat 173:

ٱلَّذِينَ قَالَ لَهُمُ ٱلنَّاسُ إِنَّ ٱلنَّاسَ قَدْ جَمَعُوا۟ لَكُمْ فَٱخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَٰنًا وَقَالُوا۟ حَسْبُنَا ٱللَّهُ وَنِعْمَ ٱلْوَكِيلُ

Mereka diberitahu bahawa “orang-orang (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk menyerang kamu, kerana itu, takutlah kepada mereka”. Maka berita itu menambah (kuat) iman mereka lalu menjawab: “Cukuplah Allah bagi kami dan Dia sebaik-baik pengurus (urusan kami)”.

Justeru, latih jiwa kita untuk bertawakkal kepada Allah. Rajinlah membaca kalimah-kalimah tawakkal seperti
حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
agar hidup kita tenteram bersama AL-WAKIL 😊.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here