Tinta Pengetua Siri 2: Allah Bersifat AL-KARIM

Oleh:
Siti Nazihah Yahya
Pengetua
SM Al-Hidayah Ipoh

Daripada 99 Nama Allah, salah satunya ialah AL-KARIM.

AL-KARIM ialah zat yang memiliki banyak kebaikan, amat pemurah, pemberi nikmat dan keutamaan (Imam Al-Azhary dalam Tahdzib Al-Lughah).

AL-KARIM ialah zat yang suka dan senang memberi kebaikan yang amat banyak (Imam Ibnul Qayyim dalam At-Tibyan).

Untuk lebih faham sifat AL-KARIM ini, jom tengok contoh dalam Surah An-Naml ayat 40.

فَلَمَّا رَآَهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

“Maka, tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata, ‘Ini termasuk karunia Tuhanku untuk mencobaku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Mahakaya lagi Mahamulia.”

Ini adalah kisah Nabi Sulaiman meminta pembesarnya membawa singgahsana Ratu Balqis kepadanya. Salah seorang pembesar berjaya membawa singgahsana itu dalam kadar kurang sekelip mata.

Ada dua nama Allah dalam ayat ini iaitu Al-Ghaniy dan AL-KARIM.

Ayat ini menjelaskan jika seorang hamba bersyukur, maka itu untuk kebaikan diri hamba itu sendiri kerana Allah adalah Al-Ghaniy, Maha Kaya yang tidak memerlukan apa-apa pun daripada hambaNya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *