Perutusan Ramadan Pengarah PPAH

0
189

Assalamualaikum.

Semoga semuanya dalam redha Allah swt.

Ramadhan datang lagi. Dengan rahmat Allah kita dipertemukan dengan ramdha kali ini. Semoga tidak dipersiakan peluang yang diberikan ini untuk menjadi manusia yang bertaqwa di sisi Allah.

Ramadhan yang didatangkan ini bertempoh untuk kita tidak melepaskan pergerakkan tanpa amal dan usaha kea rah ketaqwaan yang dijanjikan Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” [al Baqarah 2:183].

“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)…”[at Talaq 65:2-3]

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;”[al Imran 3:133]

Walaupun Ramadhan kali ini agak berbeza suasananya, namun dapatlah kiranya kita memaksimakan taqarrub kepada Allah dengan sebaik-baik amalan.

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”[al Mulk 67:2]

Akhir kalam, selamat berpuasa.

Soleh Bin Senafi
Pengarah
Pusat Pendidikan Al Hidayah Ipoh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here