Usaha, Kesungguhan Perlu Seiring Dengan Tawakkal – Pengetua SMAH

0
41

Pengetua Sekolah Menengah Al-Hidayah (SMAH), Mualimah Siti Nazihah binti Yahya mengingatkan seluruh murid SMAH terutama calon SPM kohort 2020 bahawa dalam kegigihan persiapan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), kita haruslah menyerahkan seluruhnya kembali kepada Allah.

Beliau berkata, selain usaha, kita juga haruslah meletakkan pengharapan dalam erti kata tawakkal yang tinggi kepada Allah, Tuhan Yang Maha Kaya dan Maha Memberi Rezeki. Beliau berucap sedemikian semasa Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Calon SPM 2020 yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Tarbiyah, SMAH bagi memohon kejayaan dan dipermudahkan urusan kesemua murid yang akan menduduki SPM 2020.

“Dalam Surah At-Talaq, ayat tiga, Allah berfirman yang bermaksud, ketika kita telah berusaha sehabis baik, serahkanlah semula urusan kepada Allah, Allah akan memberikan yang terbaik untuk mencukupkan kita. Oleh itu, tawakkal kita kepada Allah mesti berhujung dengan redha dengan segala keputusan Allah di akhir urusan kita nanti” katanya.

“Sebesar mana kejayaan yang kita harapkan dari SPM ini, sebesar itulah kita perlu menjaga hubungan kita dengan Allah” katanya lagi.

Majlis yang berjalan secara atas talian itu disiarkan secara langsung melalui platform Youtube dan juga Facebook. Rata-rata penonton turut meninggalkan komen positif mendoakan kejayaan kepada kesemua calon.

Selesai sesi atas talian, semua murid asrama dan murid harian melakukan solat hajat memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan dan semoga Allah memberikan kejayaan kepada mereka. Solat hajat di asrama turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Pendidikan Al-Hidayah, Ustaz Soleh Senafi.

 

Sebelum ini, akibat wabak COVID-19 yang melanda negara Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) telah mengumumkan penangguhan SPM 2020 yang sepatutnya berlangsung pada awal September 2020. Sekitar 51 orang calon SMAH akan menduduki peperiksaan berkenaan pada tarikh baru yang diumumkan bermula dengan subjek Bahasa Melayu pada 22 Februari 2021 dan dijangkakan berakhir pada hujung Mac 2021.

SHARE
Previous articleJawatan Kosong Pembantu Makmal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here