Generasi Rabbani: Pembangunan sahsiah seiring kecemerlangan akademik

0
534

*petikan perkongsian di Facebook Rasmi YB Dato’ Asmuni Awi

Saya mengikuti perkembangan sekolah-sekolah SAR di negeri Perak dan pencapaian-pencapaian mereka yang membanggakan.

Disamping sekolah arus perdana yang sudah kita sedia maklum mengenai kelengkapan dan fasiliti mereka yang mencukupi, pencapaian dan kecemerlangan yang dicapai oleh SAR juga tidak kurang hebatnya.

Saya merasmikan Majlis Ihtifal Sek Ren Al-Hidayah (SRAH) Ipoh kali ke-30 baru-baru ini.

Dalam ucapan perasmian, saya menyatakan bahawa pendidikan anak-anak di peringkat sekolah rendah merupakan peringkat yang sangat kritikal dan penting. Pada peringkat ini mereka seperti kapas yang begitu mudah diresapi apa sahaja rutin yang mereka lalui. Mereka akan mudah meniru dan terpengaruh dengan apa sahaja yang mereka tonton dan baca. Pada peringkat inilah, saat yang paling sesuai untuk anak-anak ini dididik dan ditanam dengan elemen-elemen Islami agar menjadi bekalan kepada mereka untuk berdepan dengan cabaran yang lebih besar apabila dewasa nanti.

Pembinaan sahsiah dan peribadi anak-anak perulah dititikberatkan selain hanya memfokuskan kepada pencapaian akademik semata-mata. Pembinaan sahsiah dan peribadi yang baik Ini boleh dicapai bukan sahaja dalam bilik darjah, malah turut dapat dibina apabila melibatkan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan ko-akademik.

Tahniah SRAH Ipoh atas pelbagai pencapaian yang telah dirangkul selama ini. Saya tertarik dengan Kelab Doktor Muda yang telah menerima pelbagai anugerah termasuk di peringkat kebangsaan.

Tahniah saya ucapkan kepada semua guru dan pelajar dalam menjayakan majlis yang hebat ini. Semoga SRAH Ipoh terus maju jaya sama ada dalam bidang akademik atau pun ko-kurikulum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here