Al-Hidayah Perak Rangkul 3 Anugerah

0
188
Hj Zamhuri menerima sijil dan plak daripada DYMM Sultan Perak

Bagi kategori Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) pula, Sekolah Rendah Al Hidayah (SRAH), Ipoh turut sama menerima Anugerah Sekolah Terbaik UPSR 2016.

Anugerah disampaikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Peringkat Negeri Perak yang berlangsung pada Jumaat lalu, 17 November 2017 di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).

Dari kiri, Nurul Farzana dan Hajah Kerisisiah bersama anugerah

Pengetua SMAH, Mohamed Zamhuri Mohamed Ali dan Guru Besar SRAH, Hajah Kerisisiah Mohd Daud telah hadir untuk menerima anugerah di samping pelajar SMAH, Saudari Nurul Farzana Jumat yang menerima Anugerah Pelajar Terbaik SPM.

Tahniah kepada pihak Jemaah Pengurusan Pusat Pendidikan Al Hidayah, Pengetua dan Guru Besar serta seluruh warganya yang mendapat pengiktirafan tersebut berturut-turut sejak 2013.

Semoga usaha tarbiah dan akademik serta pencapaian cemerlang dapat diteruskan dan dipertingkatkan pada masa hadapan dan menjadi sumber inspirasi rangkaian IKRAM MUSLEH yang lain, insya-Allah.

Berita asal: Laman sesawang rasmi Pertubuhan Ikram Malaysia(IKRAM)

SHARE
Previous articlePermohonan 2018 Kini Dibuka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here