Unit TKRSM SR Al-Hidayah Ipoh anjur Minggu Memperingati Ummah

Minggu lalu, bertempat diperkarangan Sek Ren Al-Hidayah Ipoh, Perak telah berlangsung satu program yang diberi nama Program Peduli Ummah 2017. Program anjuran Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh(TKRSM) Sek Ren Al-Hidayah ini dianjurkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada segenap pelajar bahawa permasalahan ummah sedunia merupakan satu masalah yang harus di fikirkan bersama disamping untuk mengumpul dana bagi membantu umat Islam di Rohingya.

Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan bagi mengisi program yang berlangsung selama seminggu ini. Program berkenaan turut menyaksikan kutipan hampir RM2.5 ribu yang diserahkan kepada MyCare selaku badan yang bertanggungjawab untuk mengagihkan kutipan kepada pihak yang sepatutnya. Selain itu Program Peduli Ummah ini itu turut diisi dengan program-program sokongan seperti pertandingan poster, ceramah pendek, pameran dan kempen bantuan kemanusiaan.

Guru Besar, Mh Kerisisiah merasmikan Program Peduli Ummah 2017

Penganjur iaitu Seketariat TKRSM SR Al-Hidayah sangat berharap agar program ini mampu memberi kesedaran kepada semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *