Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Ilahi , dengan limpah kurnia dan rahmatNya kita dapat melangkah ke tahun baru 2018.
Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat datang kepada murid- murid Tahun 1 dan selamat kembali ke sekolah kepada murid- murid Tahun 2 – Tahun 6. Kepada ibubapa dan penjaga,terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan kepada sekolah dalam mendidik dan mentarbiahkan anak-anak.
Dengan itu ,marilah kita sama- sama memulakan langkah kita dengan niat mencari redha Allah dalam setiap tindakan dan amal kita. Membantu dan membimbing anak- anak agar dapat memahami dan menguasai apa yang dipelajari, menghayati ruh tarbiyyah yang menjadi asas dalam kurikulum dan ko- kurikulum sekolah. Seterusnya memberi semangat dan dorongan agar anak- anak dapat memberi fokus yang sama terhadap memperelokkan adab dan akhlak, pembinaan personaliti diri dan mengasah bakat kepimpinan serta bakat- bakat lain yang ada dalam setiap diri.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ».
Artinya: “Kaum Mukminin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya (H.R Tirmidzi (1162), Abu Dawud (4682)
عَنْ أَبِى ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم : اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ.
Artinya: Dari Abu Dzar , ia berkata, Rasulullah —shallallahu ‘alaihi wa sallam— bersabda kepadaku: “Taqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada, dan ikutilah keburukan itu dengan kebaikan yang menghapusnya, dan berakhlaqlah kepada manusia dengan akhlaq yang baik.” (HR At-Tirmidzi).
Kita juga perlu membimbing mereka agar mempunyai keinginan kepada membina pengalaman yang akan membantu menghadapi abad ke 21 yang membawa cabaran teknologi tinggi futuristik.
Di masa yang sama, saya ingin mengajak para ibubapa untuk turut serta memantau amal ibadah anak- anak kita terutamanya solat. Moga mereka dapat meyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam. Ini memerlukan kesungguhan semua pihak untuk mengingatkan tentang peri pentingnya solat dan membuat pemantauan berterusan sehingga anak- anak ini benar- benar menjiwai dan dapat meyempurnaknnya tanpa disuruh dan dipantau lagi.
Moga dengan kerjasama yang erat ini dan doa yang berterusan dari kita semua,akan tercapai hasrat kita untuk melahirkan generasi uswah hasanah.
Wassalam
Puan Hajah Kerisisiah bt Mohd Daud
Guru Besar.