Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan al-Quran dan al-Sunnah.
Usaha ini adalah bagi membangunkan ummah yang berkemampuan membentuk kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah membangun satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat