Oleh:
Siti Nazihah Yahya
Pengetua
SM Al-Hidayah Ipoh
Amru Khalid dalam buku ‘Dengan Nama-Mu Aku Hidup’ menyatakan AL-MUJIB mengandungi dua pengertian:
🌻Pertama: Yang mengabulkan permintaan orang-orang yang berdoa
🌻Kedua: Yang menggerakkan hamba agar berdoa. Yang membisik ke dalam hati hamba, “berdoalah!”
Allah mengilhamkan kita untuk berdoa kerana Dia berkehendak untuk mengabulkan doa itu. Maka, setiap kali kita terasa ingin berdoa, segeralah berdoa kerana Allah akan memakbulkannya.
Umar Al-Khattab berkata, “yang penting bagiku bukanlah dikabulkan doa, tetapi keinginan untuk terus berdoa. Maka, setiap kali aku terdetik untuk berdoa, aku tahu bahawa pengabulan doa datang bersamanya.”
Doa adalah ibadah kerana Allah yang menyuruh kita berdoa.
Jom berdoa pada bila-bila masa dan di mana jua kerana AL-MUJIB sentiasa menunggu doa-doa kita untuk dimakbulkan 😊