Pekeliling Yuran dan Kelas Atas Talian Sepanjang Tempoh PKP

Semua ibu bapa, penjaga dan waris pelajar 29 April 2020 6 Ramadhan 1441

الســلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Yang Berbahagia Dato’/Datin/Tuan/Puan,

PEKELILING MAKLUMAN TENTANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DAN YURAN PERSEKOLAHAN

Didoakan semoga ibu bapa dan penjaga dianugerahkan kesihatan yang baik dan di bawah Taufiq dan Hidayah Allah SWT.

2. Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pihak sekolah telah memastikan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di atas talian bagi memastikan pendidikan berterusan pelajar. Pihak Kami juga amat berterima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang memberi bantuan dan galakkan supaya anak-anak mendapat maklumat PdP serta menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam hal ini amat penting supaya pelajar masih dapat mengikuti PdP walaupun dengan duduk di rumah.

3. Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, bayaran yuran bulanan perlu dijelaskan seperti biasa sepanjang tempoh PKP ini untuk memastikan kelangsungan sekolah. Setakat ini pihak sekolah telah membayar gaji penuh kepada semua guru-guru. Jika terdapat pengurangan pendapat sekolah, kemampuan sekolah untuk membayar gaji guru akan turut terjejas. Pihak kami amat memohon keprihatinan dan kerjasama ibu bapa dan penjaga dalam penerusan pembayaran yuran ini.

4. Yuran yang dikecualikan bayaran bermula April 2020 sehingga tamat PKP ialah:-

4.1 Yuran Educare
4.2 Yuran Asrama

Bagi ibu bapa dan penjaga yang telah menjelaskan yuran Educare April atau yuran Asrama April yuran tersebut akan ditukarkan ke yuran bulan seterusnya.

5. Selain itu, untuk ibu bapa dan penjaga yang telah menjelaskan kedua yuran tersebut untuk tempoh setahun yuran tersebut akan dibawa ke tahun hadapan. Jika terdapat lebihan untuk yuran lain sebagai contoh yuran kelas tambahan yuran tersebut turut di bawa ke tahun hadapan.

6. Walaubagaimanapun, pihak kami amat bersimpati jika terdapat ibu bapa dan penjaga yang berhadapan dengan kehilangan kerja dan kehilangan sumber pendapatan yang menjejaskan ekonomi keluarga. Ibu bapa dan penjaga yang terbabit boleh membuat permohonan bertulis kepada pihak sekolah. Pihak kami akan membuat pertimbang untuk pengurangan yuran setelah meneliti kelayakkan setiap permohonan.

7. Seperti yang sudah sedia maklum, pihak pejabat kewangan tidak akan menerima pembayaran secara tunai. Ibu Bapa dan penjaga boleh menjelaskan yuran secara atas talian seperti no akaun yang tertera di bawah. Ibu bapa perlu meletakkan nama anak semasa membuat transaksi di bank dan kemudian menghantar slip bayaran ke alhidayah.perak@gmail.com atau whats app ke 012-5858861 (Pn. Shaheedah). Pihak kami amat berterima kasih kepada ibu bapa menyempurnakan yuran pada waktunya.

Semoga Allah memberi jalan keluar atas musibah Covic-19 ini dan mengembalikan semula nikmatnya seperti yang telah diberikan sebelum ini. Pihak kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan kepada semua ibu bapa dan penjaga. Marilah kita manfaatkan peluang duduk di rumah ini sebaik mungkin bersama keluarga.
Sekian, wassalam.

SOLEH BIN SENAFI
Pengarah
Pusat Pendidikan Al-Hidayah
Ipoh, Perak

MAKLUMAN AKAUN SEKOLAH (MAYBANK) Sekolah Rendah Al Hidayah : SRAR AL HIDAYAH 569972058151 Sekolah Menengah Al Hidayah : SMAR AL HIDAYAH 569972058168

Slip bayaran perlu diemailkan ke alhidayah.perak@gmail.com atau whats app ke 012-5858861 (Pn. Shaheedah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *