Saban tahun pihak Pusat Pendidikan Al-Hidayah(PPAH) Ipoh, Perak menganjurkan pelbagai aktiviti selari dengan hasrat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam setiap sudut. Sukan tahunan merupakan salah satu acara yang tidak pernah gagal dianjurkan untuk merealisasikan hasrat berkenaan.
Namun begitu, setiapĀ tahun pihak PPAH mengalami masalah dalam usaha menganjurkan sukan tahunan. Ini disebabkan kerana pihak sekolah perlu menyewa atau menumpang padang sekolah-sekolah berdekatan kerana padang PPAH berada dalam keadaan tidak begitu memuaskan dan sesuai untuk acara-acara tertentu terutamanya acara yang melibatkan larian. Bukan sahaja acara sukan tahunan, malah permainan seperti bola sepak juga tidak dapat dijalankan dengan baik. Ini semua adalah berpunca daripada beberapa faktor seperti:
- Keadaan permukaan padang yang tidak rata
- Lopak air bertakung terutama selepas hujan
- Keluasan padang yang tidak mampu memuatkan balapan acara 200 meter
Maka, pihak PPAH dengan ini bercadang untuk memohon bantuan daripada semua pihak untuk menjayakan hasrat kami supaya usaha menaik taraf padang PPAH berkenaan agar acara dan apa juga program melibatkan padang dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Kami juga tidak lagi perlu untuk menyewa padang luar untuk memastikan program seperti sukan tahunan dapat dijalankan.