Syarat Memohon

SYARAT UMUM
  1. Terbuka kepada calon warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur 13 hingga 17 tahun.
  3. Permohonan bagi tahun 2018 hanya dibuka bagi sesi pengajian Tingkatan 1, 2 dan 4 sahaja.
  4. Kesemua permohonan adalah melalui atas talian.
  5. Kesemua sijil dan dokumen sokongan yang telah disahkan perlu dibawa semasa hari temuduga.
    • Salinan Sijil Lahir pelajar
    • Salinan Sijil Berhenti Sekolah – bagi permohonan ke Ting 1
    • Salinan Kad Pengenalan pelajar
    • Salinan Kad Pengenalan ibubapa/penjaga
    • Salinan Sijil Kokurikulum
    • Salinan Slip Keputusan UPSR – bagi permohonan ke Ting 1
    • Salinan Slip Keputusan UPKK – bagi permohonan ke Ting 1
    • Salinan Slip Keputusan SRAI/SPPIM – bagi permohonan ke Ting 1
    • Salinan Slip Keputusan Peperiksaan Akhir(terakhir) – bagi permohonan ke Ting 2
    • Salinan Slip Keputusan PT3 – bagi permohonan ke Ting 4
    • Salinan Slip/Sijil tahfiz atau surat pengesahan hafalan al-Quran
    • 4 keping gambar berukuran passport – ditulis nama dan no IC dibelakang setiap gambar.
  1. Kesemua ibubapa yang pertama kali memohon perlu melalui satu sesi temuduga.
  2. Bagi permohonan ke jurusan tahfiz, calon mestilah melepasi syarat dibawah:
    • Menengah rendah
      1. Minimum 3A dalam UPSR.
      2. Minimum 5A dalam UPKK
    • Menengah Atas
    • Sekurang-kurangnya sudah menghafal minimum 3 hingga 4 juz/tahun. (bergantung kepada berapa tahun berada di pusat tahfiz). Surat pengesahan perlu disertakan.
SYARAT KHUSUS
Tingkatan Satu
  1. Permohonan yang sudah diisi hendaklah dikemaskini bahagian keputusan UPSR selepas keputusan diumumkan.
  2. Syarat untuk dipanggil temuduga mestilah mencukupi 15 mata agregad (A=4/ B=3/ C=2/ D=1) dalam peperiksaan UPSR kecuali bagi bekas pelajar sekolah rangkaian IkramMusleh sekurang-kurangnya 12 mata agregad.
  3. Minimum 4A dalam UPKK
  4. Pelajar akan menjalani:
    • Ujian Tajwid & Al-Quran
      1. Tahfiz : diberi satu mukasurat dan masa tertentu untuk menghafal sebelum di semak bacaan.
      2. Syariah: Diuji kelancaran bacaan dan hafalan Surah Ad-Dhuha ke bawah.
    • Ujian Jawi
    • Ujian Asas Bahasa Arab
    • Sesi Temuduga Pelajar
Tingkatan Dua
  1. Kemasukan pelajar Tingkatan 2 hanya dibuka sekiranya ada kekosongan.
  2. Syarat untuk dipanggil temuduga mestilah mencukupi 15 mata agregad (A=4/ B=3/ C=2/ D=1) dalam peperiksaan UPSR kecuali bagi bekas pelajar sekolah rangkaian IkramMusleh sekurang-kurangnya 12 mata agregad.
  3. Mesti mengambil subjek Bahasa Arab semasa Tingkatan 1.
  4. Pelajar akan menjalani:
    • Ujian Tajwid & Al-Quran
      1. Tahfiz : diberi satu mukasurat dan masa tertentu untuk menghafal sebelum di semak bacaan.
      2. Syariah: Diuji kelancaran bacaan dan hafalan Surah Ad-Dhuha ke bawah.
    • Ujian Jawi
    • Ujian Asas Bahasa Arab
    • Sesi Temuduga Pelajar
Tingkatan Empat
  1. Bagi pelajar SMAH, kemasukan ke tingkatan 4 tidak berlaku secara “automatik”. Syarat kemasukan bagi pelajar SMAH mestilah:
    • LULUS Bahasa Arab PT3
    • TIADA yuran tertunggak
    • TIADA masalah disiplin berat.
Surat tawaran akan diberikan kepada pelajar yang berjaya dan surat makluman gagal ke Tingkatan 4 akan diberikan kepada pelajar yang gagal memenuhi syarat ke Tingkatn 4.
  1. Pemohon yang BUKAN dari sekolah rangkaian Ikram-Musleh yang layak memohon mestilah mengambil dan sekurang-kurangnya LULUS
    1. Bahasa Arab PT3
    2. Sains PT3
    3. Matematik PT3
  2. Syarat khas untuk memohon bagi calon lepasan tahfiz atau tidak mengambil PT3 adalah:
    1. Memiliki asas Bahasa Arab
    2. Telah menghafal minimum 10 juzuk atau 4 juzuk/tahun(bergantung kepada bilangan tahun di pusat tahfiz). Surat pengesahan perlu disertakan.
  3. Pemohon yang tidak mengambil PT3 akan menjalani:
    • Ujian Tajwid & Al-Quran
      1. Tahfiz : diberi satu mukasurat dan masa tertentu untuk menghafal sebelum di semak bacaan.
      2. Syariah: Diuji kelancaran bacaan dan hafalan Surah Ad-Dhuha ke bawah.
    • Ujian Bertulis Bahasa Arab
    • Ujian Jawi
    • Ujian Asas Matematik
    • Sesi Temuduga Pelajar
  4. Manakala pemohon yang mengambil PT3, hanya akan menjalani:
    • Ujian Tajwid & Al-Quran
      1. Tahfiz: diberi satu mukasurat dan masa tertentu untuk menghafal sebelum di semak bacaan.
      2. Syariah: Diuji kelancaran bacaan dan hafalan Surah Ad-Dhuha ke bawah.
    • Ujian Jawi
    • Ujian Bertulis Bahasa Arab(tidak perlu sekiranya telah memperolehi keputusan PT3)
    • Sesi Temuduga Pelajar
  5. Ibubapa yang pertama kali memasukkan anaknya ke SMAH juga wajib ditemuduga.