Pengumuman Berkaitan Kemasukan(Menengah) 2018

0
813

Sukacita dimaklumkan beberapa pengumuman.

1. Sesi persekolahan 2018 adalah bermula pada Selasa, 2 Januari 2018 bagi kesemua tingkatan.

2. Pelajar asrama(selain pelajar baru asrama) hendaklah berada di asrama sebelum jam 5.00 petang berpakaian baju korporat asrama atau baju seragam sekolah lengkap seperti biasa pada 1 Januari 2018.

3. Ibu bapa pelajar baru hendaklah menghadiri program Taklimat Ibubapa Pelajar Baru 2018 pada:
Hari : Isnin, 1 Januari 2018
Waktu : 8.30 pagi – 9.30 pagi
Tempat : Musolla Hassan Al Banna
Penglibatan : Semua ibu bapa pelajar baru

4. Taklimat di atas(no.3) TIDAK memerlukan pelajar hadir bersama KECUALI pelajar asrama sahaja kerana pelajar asrama akan menghadiri Majlis Taklimat dan Pendaftaran Asrama yang akan diadakan sejurus tamat Taklimat Ibubapa Pelajar Baru 2018, iaitu pada:
Hari : Isnin, 1 Januari 2018
Waktu : 9.30 pagi
Tempat : Musolla Hassan Al Banna
Penglibatan : Semua ibu bapa dan pelajar asrama sahaja.
*Pelajar akan mula masuk ke asrama selepas habis taklimat.

5. Pembayaran yuran hendaklah disempurnakan lebih awal secara atas talian(online) atau melalui Cash Deposit Machine(CDM) dan bukti/slip pembayaran hendaklah diserahkan di Pejabat Kewangan pada 1 Januari 2018. Maybank – 5699 7205 8168(SMAR Al-Hidayah)

6. Pemakaian baju raihan dan seluar hitam bagi pelajar lelaki pada setiap hari Jumaat telah dimansuhkan pada sesi 2018. Pada hari jumaat pelajar memakai pakaian sama seperti hari-hari lain.

7. Kesemua pakaian seragam, barang keperluan, senarai buku dan peralatan yang berkaitan boleh mula dibeli dari Kedai Koperasi Sekolah Menegah Al-Hidayah bermula 26 Disember 2017.

8. Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakaian seragam rasmi sekolah, rujukan boleh dibuat di laman sesawang rasmi di http://www.alhidayahperak.edu.my. Manakala Senarai Keperluan Asrama dan Peraturan Asrama akan diemelkan kepada tuan/puan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pejabat di talian 05-3138392
Terima kasih.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here